3D Printer

7 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Oktober 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas 3D Printer di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pengenalan kepada peserta dalam mengenali 3D Printer. Di dalam kelas ini, peserta akan diberikan taklimat secara ringkas cara-cara menggunakan 3D Printer.

Para peserta juga didedahkan dengan perisian TinkerCad iaitu satu platform yang mudah untuk membuat rekaan 3D dan seterusnya dicetak menggunakan 3D Printer. Kelas ini berlangsung selama 4 jam bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan disertai seramai 10 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali